Tindak balas kimia Termokimia

Terdapat 2 jenis tindak balas kimia iaitu:

  1. Tindak balas Eksotermik
  2. Tindak balas Endotermik

Tindak balas Eksotermik

Ekso bermaksud luar manakala termik bermaksud haba. Eksotermik bermaksud haba yang disalurkan/dibebaskan keluar ke persekitaran dalam sistem. Oleh itu suhu di persekitaran akan meningkat.

Tindak balas Eksotermik berlaku apabila bahan kimia yang berlainan dicampur atau direaksikan untuk bertindak balas maka ini akan mengeluarkan/membebaskan haba ke persekitaran seterusnya menjadikan suhu persekitaran lebih tinggi daripada haba purata bahan-bahan kimia yang ditindak-balaskan.

Perubahan tenaga tindak balas Eksotermik ialah dari tenaga kimia kepada tenaga haba.

Di antara contoh-contoh tindak balas Eksotermik ialah:

Rajah aras tenaga Eksotermik

Perubahan tenaga tindak balas Eksotermik akan menunjukkan nilai negatif, iaitu

  • Perubahan Tenaga = Tenaga Hasil Tindak Balas - Tenaga Bahan Tindak Balas
  • ΔH = Hh - Hb

Tindak balas Endotermik

Endo bermaksud dalam manakala termik bermaksud haba. Endotermik bermaksud haba yang diserap masuk ke dalam dalam bahan hasil tindak balas. Oleh itu suhu bahan tindak balas akan meningkat.

Tindak balas Endotermik berlaku apabila bahan kimia yang berlainan dicampur atau direaksikan untuk bertindak balas maka ini akan menyerap haba daripada persekitaran seterusnya suhu di pesekitaran akan menjadi lebih rendah daripada haba purata bahan-bahan kimia yang ditindak-balaskan.

Perubahan tenaga tindak balas Endotermik ialah dari tenaga haba kepada tenaga kimia.

Di antara contoh-contoh tindak balas Endotermik ialah:

Rajah aras tenaga Endotermik

Perubahan tenaga tindak balas Endotermik akan menunjukan nilai positif, iaitu

  • Perubahan Tenaga = Tenaga Hasil Tindak Balas - Tenaga Bahan Tindak Balas
  • ΔH = Hh - Hb